Thursday, March 4, 2010

Histeria

Histeria adalah sebuah filem seram yang mengambil tempat di sebuah kolej swasta dan berlaku di’sekitar 7 orang pelajar Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Jenny dan Kerek yang juga menggelarkan diri mereka sebagai “Pink Flamingo”. Satu hari mereka merancang untuk berpura-pura di’serang histeria sebagai satu gurauan. Mereka yakin yang pihak kolej akan memanggil bomoh untuk mengubati ‘histeria’ mereka. Namun akhirnya pihak kolej mengetahui kebenaran & mereka yang terlibat di’denda untuk membersihkan kolej selama seminggu semasa cuti semester. Mereka di’tempatkan di’sebuah dorm yang tiak begitu selesa buat mereka.

Seorang pelajar baru mahu menyertai kumpulan mereka tetapi sebelum pelajar ini diterima, mereka perlu menguji pelajar perempuan ini. Pelajar ini dikehendaki tidur di makmal yang dikatakan berhantu & 7 pelajar ini akan cuba untuk menakut-nakutkan pelajar baru ini.

Tetapi, pelbagai perkara aneh & pelik berlaku kepada mereka semua. Terlalu banyak misteri yang berlegar di’sekeliling mereka. Ianya bermula selepas Jenny mengambil ’sesuatu’ yang bukan milik beliau. Jenny mengikut tukang kebun & menanam benda tersebut di’bawah sebatang pokok yang pelik. Tanpa mengetahui akibatnya, Jenny mula menggali lubang & menanam benda tersebut dengan di’baluti kain kuning.

Situasi semakin menakutkan selepas itu & seorang demi seorang dari mereka mati dalam keadaan yang mengerikan. Yang tinggal hanya Murni & malangnya semua bukti yang ada mengatakan Murni membunuh semua yang lain dan Murni juga di’katakan mempunyai motid untuk melakukan semua pembunuhan tersebut.

Siapa sebenarnya pembunuh di’belakang semua ini?

Download link :
Part 01 | Part 02 | Part 03 | Part 04
Part 05 | Part 06 | Part 07 | Part 08

Please join the files with:

No comments:

Post a Comment