Thursday, March 4, 2010

Cik Ah Cik nin

Drama bersiri 13 episod ini bakal menyaksikan lakonan mantap dari barisan pelakon baru yang sedang meningkat naik seperti Puteri Fateen , Sherry Ibrahim dan Pierre Andre selaku teraju utama. Drama bersiri komedi ini menjadi bertambah bertuah apabila mendapat kerjasama dari pelakon baru dan lama serta komedi seperti Pierre Andre, Khatijah Tan, Mak Jah, Abu Bakar Juah, Zami Ismail, Zila Bakarin, Zizie Ezzette, Shamsul Yusoff, Rosnah Mat Aris, Sulaiman Yasin, Radhi Khalid dan ramai lagi.
Drama bersiri ini mengisahkan tentang Dira (Puteri Fateen) dan Nina (Sherry Ibrahim) adalah dua sahabat baik yang telah membesar bersama kerana keakraban keluarga mereka berdua. Kisah bermula apabila mereka telah dilahirkan pada hari yang sama.
Nama Dira diilhamkan dari nama Sudirman Hj. Arshad kerana ibunya peminat penghibur itu. Nama Nina pula berasal dari ribut La Nina kerana dia dilahirkan ketika ribut melanda. Walaupun perwatakan mereka berdua berbeza, mereka berkawan kerana keluarga mereka yang sememangnya rapat. Dira seorang gadis yang sangat lurus bendul dan selalau mensalah tafsirkan maksud orang. Dia bagaikan Pak Pandir di kampungnya disebabkan sifatnya yang lurus bendul. Nina lebih bijak dari Dira tetapi perangainya yang kuat berangan selalu mengakibatkannya berada dalam situasi yang kelakar dan memalukan. Angan-angannya selalu datang pada masa yang paling teruk bagai Mat Jenin di atas pokok kelapa. Mereka berdua membesar dan hidup di kampung bersama keluarga masing-masing. Kisah dua gadis ini bermula apabila seorang jejaka baru pindah ke dalam kampung mereka. Maka bermulalah misi Nina untuk mengetahui siapakah jejaka tampan itu. Dira seperti biasa menurut saja idea dan angan-angan si Nina. Nina pula sudah asyik membayangkan bermacam-macam situasi demi mengenali hero baru kampung. Berjayakah mereka mengenali jejaka yang heboh diperkatakan oleh orang kampung mereka? Apa pula gelagat mereka dalam mengenali hero kampung itu?



Download link :

Episode 01
Part 01 | Part 02

Episode 02
Part 01 | Part 02

Episode 03
Part 01 | Part 02

Episode 04
Part 01 | Part 02

Episode 05
Part 01 | Part 02

Episode 06
Part 01 | Part 02

Episode 07
Part 01 | Part 02

Episode 08
Part 01 | Part 02

Episode 09
Part 01 | Part 02

Episode 10
Part 01 | Part 02

Episode 11
Part 01 | Part 02

Episode 12
Part 01 | Part 02

Episode 13
Part 01 | Part 02


Please join the files with:

1 comment: