Thursday, March 4, 2010

Anak mamak Menantu Mami


Mengisahkan seorang pelajar yang sangat meminati anak-anak mami yang terdapat di universitinya.Dalam bilik kuliah, pensyarahnya memberikannya satu tugasan perlu disiapkan dalam masa cuti semester yang akan datang. Tugasannya memang sesuai sangat dengan minatnya Pulau Pinang.Mazir perlu mendapatkan seseorang yang dapat membantunya.Jabbar seorang romeo yang merasakan dirinya seorang hero hisdustan, hobinya adalah mengurat perempuan-perempuan yang berada di dalam perpustakaan padahal tidak ada seorang perempuan pun yang mahu melayan kerenahnya.Walau bagaimanapun,Cuma Jabbar seorang yang dapat menolong Mazir. Mazir datang kepada Jabbar untuk memintanya membawa pulang ke Pulau Pinang.
Sampai di Pulau Pinang, Mazir sungguh teruja menaiki feri.Memandangkan ini kali pertama dia ke Pulau Pinang,dia sangat teruja melihat permandangan yang indah itu. Sampai dirumah,keluarga Jabbar, Mamak Sultan dan mami Jora Bee menyambutnya sebagai seorang tetamu dengan baik tetapi Jabbar sempat berlari menyembunyikan bingkai-bingkai gambar keluarganya kerana tidak mahu Mazir tahu yang dia punya seorang adik. Pada paginya,Mazir terkejut melihat banyak makanan diatas meja dengan menu-menu yang sangat asing baginya.
Selepas sarapan, Jabbar membawa Mazir berjalan-jalan disekitar Georgetown. Jabbar sempat memperkenalkan Mazir kepada bapa saudaranya Mamak Mastan.Walaupun Mamak Masan dan abangnya Mamak Sultan adalah musuh ketat, tapi Mamak Mastan masih melayan mereka dengan baik. Pelbagai kejadian yang pelik dapat Mazir alami sejak sampai di Pulau Pinang. Mamak Sultan pulang kerumah selepas berniaga terlanggar air takungan lalu terkena jirannya yang juga musuh ketatnya Mamu Basyah dan berlakulah pergaduhan.Bukan setakat mamak dan Mamu yang bergaduh,isteri-isteri mereka juga turut masuk campur untuk menunjuk hebat.Ini lagi mengelirukan Mazir. Setelah seharian berjalan,Mazir terasa haus dan turun ke dapur untuk mendapatkan air, ternampak kelibat orang diruang tamu dan dia terus menangkap orang itu. Kemudian lampu dibuka dan sebenarnya orang yang ditangkapnya adalah Shasya Bee,adik kepada Jabbar. Sejak itu Mazir menaruh hati kepada Shasya Bee.Dalam diam,Mazir kerap mengintai Shasya Bee sehingga ia disedari Jabbar.Shasya Bee seorang pelajar kolej dan seorang anak mami yang pendiam serta menjaga tatasusilanya sehingga rakannya Normi Basyah,anak kepada Mamu Basyah mula mengajaknya berfoya-foya dipusat karaoke sehingga Shasya Bee menjadi teruja untuk mengikut kemana sahaja Normi p bilik sebelah.Satu hari dengan tidak diduga Jabbar dan Mazir terjumpa Shasya Bee dan Normi yang mereka sangka awek dibilik sebelah.
Kemudian ia menjadi punca pergaduhan dua keluarga.dalam masa yang sama En Rahman sangat berkenan kepada Shasya Bee untuk disatukan dengan anaknya Rafi yang seorang kaki perempuan. Mamak Mastan dan Mamu Basyah yang menaruh dendam terhadap Mamak Sultan berpakat untuk menjatuhkan perniagaan Mamak Sultan dengan melepaskan lipas dan tikus di restorennya.Encik Rahman yang mulanya berminat untuk melabur kepada kedai nasi kandar Mamak Sultan akhirnya bertukar fikiran setelah kedainya disaman Majlis Perbandaran Pulau Pinang kerana kotor.Bukan setakat itu,niatnya untuk berbesan dengan Mamak Sultan juga dibatalkan. Jabbar dan Mazir mengambil keputusan untuk menyiasat kejadian sabotaj itu dan mereka dapat menjerat dua orang upahan Mamak Mastan dan Mamu Basyah. Setelah dipaksa akhirnya dua samseng itu mengaku yang itu adalah angkara Mamak Mastan dan Mamu Sultan.
Kemudian mereka berjumpa dengan kedua mamak itu mengaku bersalah setelah diugut untuk melaporkan kepada polis.Mereka berjanji untuk berdamai dengan Mamak Sultan.Jabbar dan Mazir mengambil keputusan untuk menyiasat kejadian sabotaj itu dan mereka dapat menjerat dua orang upahan Mamak Mastan dan Mamu Basyah.Setelah dipaksa akhirnya dua samseng itu mengaku yang itu adalah angkara Mamak Mastan dan Mamu Sultan.Kemudian mereka berjumpa dengan kedua mamak itu mengaku bersalah setelah diugut untuk melaporkan kepada polis. Mereka berjanji untuk berdamai dengan Mamak Sultan.

Download link :
Part 01 | Part 02 | Part 03

Please join the files with:

No comments:

Post a Comment