Friday, January 22, 2010

Queen Of Langkasuka


Ulasan:

Filem perang epik, ‘Queen of Langkasuka’ (QOL) merupakan filem bajet besar yang menelan belanja US$20juta. Bukan sedikit wang yang diperuntukkan untuk filem ini dan pastinnya menjadi sejarah buat Thailand apabila julung kalinya menghasilkan filem bajet besar sebegini.

QOL mengisahkan sebuah negara masyhur yang menjalinkan hubungan perdagangan dengan pelbagai negara di rantau ini dan negara luar. Sebagai sebuah negara terkenal dan berpengaruh, kehebatan Langkasuka tidak dapat disangkal lagi.

Namun, kegemilangan Langkasuka tercalar seketika apabila Rajanya dibunuh dan diganti dengan puteri sulungnya, Ratu Hijau. Ratu Hijau dapat mengekalkan kegemilangan Langkasuka daripada kuasa jahat kumpulan lanun dan pengkhianat.

Kegemilangan yang dipertahankan tidak dapat dikekalkan dengan kehadiran musuh dalam selimut yang menyelinap di sekitar istana.

Penggunaan CGI juga boleh dikatakan hampir pada semua adegan demi mewujudkan suasana masa lampau. Apabila terlalu banyak CGI digunakan, ada ketikanya nampak tidak munasabah, walaupun pada dasarnya filem ini bercorak epik fantasi.

download link :

Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5

No comments:

Post a Comment