Thursday, January 14, 2010

Anak Sarawak

ANAK SARAWAK... Tranformasi Filem, Tranformasi Manusia


Sebuah filem arahan Dato' Rahim Razali yang diterbitkan pada tahun 1988. Filem ini pernah memenangi pelbagai anugerah di dalam feltival filem kebangsaan tahun 1989 (kalau tak silap, filem terbaik). Lakonan Rahim Razali sendiri.

Sebuah filem yang amat menarik sesuai dengan konsep 1 MALAYSIA yang sedang dilaungkan oleh ramai orang masa kini.

Mungkin ramai yang menyukai watak DO muda lakonan Ahmad Tarmimi, tapi saya sebagaimana biasa, lebih teruja melihat lakonan hebat Ahmad Yatim. Lakonannya sebagai seorang ayah yang kehilangan anak, seorang pemimpin masyarakat yang tegas, sangat berkesan. Mungkin juga kerana hubungan anak ayah sebenarnya yang sering menyentuh hati, lebih daripada hubungan cinta lelaki perempuan.

Besarnya pengaruh 'jebat' yang cuba diterapkan oleh Rahim Razali di dalam karyanya ini (juga dalam Matinya Seorang Patriot dan Puteri), saya secara luar sedar berpegang dengan dialog Haji Pawi ketika menghalakan senapangnya ke arah tali barut komunis. Apabila si tali barutnya berkata bahawa orang seperti mulia seperti Haji Pawi tidak mungkin sanggup menjadi pembunuh, dengan tegas dia menjawab:

"Kami terhormat pada yang terhormat sahaja, pada yang jahat kami lebih jahat!"

Mungkin kerana dialog ini dituturkan dengan begitu berkesan oleh Ahmad Yatim, atau ia sebenarnya sekadar menggerakkan jebat yang memang sedia ada dalam diri saya.

"Saya hanya hormat pada orang yang terhormat sahaja, tetapi pada orang yang BANGSAT saya boleh buat lebih bangsat lagi...!

Ahmad Yatim, Rahim Razali

Saya cuba membayangkan jika orang lama seperti ini dapat diajak untuk turut serta dalam misi dakwah kita ini, alangkah indahnya. Seislamik mana pun skrip yang kita hasilkan, mungkin hancur di tangan pengarah atau pelakon yang lesu. Akhirnya orang berkata, skrip islam ini tidak bermutu! Nokhtah

kemana menghilangnya Ahmad Yatim dan syabas kepada Dato' Rahim Razali.........

Download link :

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

1 comment:

  1. Ahmad Yatim sekarang mengajar di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan(ASWARA)sebagai pensyarah teater..

    ReplyDelete