Thursday, January 14, 2010

Awekku Bukan Awekmu

Drama ‘awekku bukan awekmu’ yang bakal ditayangkan di astro@ria merupakan sebuah drama yang mengisahkan tentang realiti kehidupan yang jarang dibincangkan di kaca TV, kisah mengenai masyarakat istimewa yang juga terpaksa mengharungi kehidupan di dunia seperti masyarakat biasa.

Cuma bezanya mereka menghadapinya dengan lebih sukar kerana kekurangan yang dimiliki, bukan dipinta tetapi itulah hakikatnya.

Telefilem ini bermula dengan Umar, seorang arkitek yang akan mengambil alih syarikat bapanya. Selalu stress dengan tekanan kerja, ditambah pula tekanan dari uminya yang mahu menjodohkan umar dengan gadis pilihannya. sehinggalah pada suatu hari, hati beliau terpaut dengan gadis tol. tetapi setelah pelbagai percubaan untuk mengenalinya gagal, barulah umar sedar bahawa gadis pilihannya itu mengalami kekurangan.

rupa-rupanya gadis ini mengalami kecacatan pendengaran dari lahir. gadis ini pekak dan hanya berkomunikasi melalui bahasa isyarat.

Tajuk asal telefilem ini ialah ‘zalina’ tetapi ditukar kepada ‘awekku bukan awekmu’ mengikut kehendak pihak astro. Diarahkan oleh salahuddin sani dan hasil karya zuliana ismail.
watak gadis pekak yang bernama zalina dilakonkan oleh lufya af6, dan umar pula oleh zizan nin. pelakon yang turut membantu telefilem ini ialah kartina aziza, normah damanhuri, norkhiriah, johan raja lawak, hafizuddin dan illya buang.

kumpulan meet uncle hussien turut menyumbang dengan memberi lagu halusinasi sebagai lagu tema.


Download link :
Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4

p/s :

extract gunakan winrar pro dan mainkan movie ini.
kpd kawanku dan "tok janggut" & BURN.... tengoklah filem ini ...

No comments:

Post a Comment