Lagi-Lagi Senario ialah sebuah filem komedi keluarga arahan , Aziz M Osman yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 14 Disember 2001. Filem yang dibintangi oleh Kumpulan Senario, Wardina dan Accapan ini merupakan sambungan siri filem Senario seperti Senario The Movie & Senario Lagi.
Wahid(Wahid Senario) menjadi mangsa kegawatan ekonomi apabila restoran eksklusif tempat dia bekerja menguncupkan tenaga kerja. Setelah gagal mendapatkan kerja setaraf kerjaya lalu, Wahid akhirnya menjadi pelayan di warung Azlee(Azlee Senario). Yassin(Yassin Senario) dan Saiful(Saiful Apek), turut bekerja di warung Azlee. Masing-masing bekerja sebagai pelayan dan penebar roti canai. Warung Azlee popular kerana keistimewaan roti canai buatan Saiful. Suatu hari, seorang pemuda bernama MazlanMazlan Senario, membuka warung bersebelahan warung Azlee.
Mulanya, Azlee tidak berasa tergugat kerana menganggap kehadiran warung baru itu bakal memberi persaingan sihat. Tetapi pendiriannya berubah apabila Saiful mengambil keputusan untuk bekerja di warung Mazlan. Sejak itu warung Azlee tidak lagi mendapat perhatian. Azlee cuba mencari penebar roti baru tetapi usahanya gagal. Yassin turut mengikut jejak Saiful bekerja dengan Mazlan. Wahid bersimpati dengan nasib Azlee dan berazam memperbaiki keadaan. Dia berlatih menebar roti sendirian. Suatu hari Wahid memberitahu Azlee dia bersedia menjadi penebar roti canai serta menyediakan gimik untuk menarik perhatian pelanggan setia Mazlan. Azlee mengumumkan secara besar besaran bahawa dia akan melancarkan "Roti Canai Terbang Rock & Roll". Gimik Wahid dan Azlee menjadi dan warung mereka kembali dipenuhi pelanggan. Sebaliknya warung Mazlan dan Saiful tidak lagi mendapat perhatian. Mazlan mula mengatur rancangan jahat untuk merosak dan menghapuskan perniagaan Azlee.
Download link :Mulanya, Azlee tidak berasa tergugat kerana menganggap kehadiran warung baru itu bakal memberi persaingan sihat. Tetapi pendiriannya berubah apabila Saiful mengambil keputusan untuk bekerja di warung Mazlan. Sejak itu warung Azlee tidak lagi mendapat perhatian. Azlee cuba mencari penebar roti baru tetapi usahanya gagal. Yassin turut mengikut jejak Saiful bekerja dengan Mazlan. Wahid bersimpati dengan nasib Azlee dan berazam memperbaiki keadaan. Dia berlatih menebar roti sendirian. Suatu hari Wahid memberitahu Azlee dia bersedia menjadi penebar roti canai serta menyediakan gimik untuk menarik perhatian pelanggan setia Mazlan. Azlee mengumumkan secara besar besaran bahawa dia akan melancarkan "Roti Canai Terbang Rock & Roll". Gimik Wahid dan Azlee menjadi dan warung mereka kembali dipenuhi pelanggan. Sebaliknya warung Mazlan dan Saiful tidak lagi mendapat perhatian. Mazlan mula mengatur rancangan jahat untuk merosak dan menghapuskan perniagaan Azlee.
Lagi-Lagi Senario | |
---|---|
Pengarah | Aziz M Osman |
Syarikat penerbitan | Grand Brillance Sdn Bhd & Paradigm Film Sdn Bhd |
Penerbit | Ahmad Puad Onah, Nor Aliah Lee& Johari Amat |
Lakonan | Kumpulan Senario Wardina Accapan |
Muzik | Peter Lim |
Sinematografi | Badaruddin Haji Azmi |
Mula tayangan | 14 Disember 2001 |
Tempoh tayangan | 110 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6 | Part 7 | Part 8
No comments:
Post a Comment