Drama 26 episod yang diilhamkan oleh Adlin Aman Ramlie di bawah arahan pengarah Opie Zami yang turut memegang watak Tok Panglima dalam drama ini dibintangi oleh barisan gabungan pelakon baru dan lama seperti adik Hadziq, Sobri Anuar, Ery Putra, Ruminah Sidek, Opie Zami, Zami Ismail, Bob Kuman, Yassin Senario, Erin Malek dan ramai lagi.
Kisahnya yang banyak berhubung kait dengan kisah-kisah lagenda Melayu tetapi telah diubahsuai dengan pengisian yang lebih segar untuk menjadikannya lebih menarik dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Pelbagai watak-watak lagenda yang akan terlibat dalam pengembaraan Belalang seperti Hang Tuah, Mat Jenin, Badang, Nenek Si Bongkok Tiga, Pekan, Melor, Luncai dan Ahmad Albab. Menariknya di sini ialah kesudahan cerita akan memberikan pengakhiran yang berbeza daripada apa yang telah diceritakan melalui hikayat atau cerita rakyat yang telah lama dipercayai sejak turun temurun.
“Konsep penceritaan drama Belalang ini adalah berkonsepkan pengembaraan yang akan didokong oleh watak utama seorang kanak-kanak lelaki bernama Belalang yang akan berdepan dengan pelbagai watak tradisional daripada pelbagai rentetan peristiwa yang pelik, lucu, sedih dan menggerunkan.”Watak Belalang ini akan terlibat secara langsung dalam siri kejadian yang akan mematangkan dirinya di samping memberi manfaat-manfaat baru kepada watak-watak lain yang berdepan dengan masalah semasa.”
“Kesudahan cerita akan memberikan keputusan yang berbeza daripada apa yang kebanyakkannya tertulis di dalam hikayat mahupun cerita-cerita rakyat yang telah lama dipercayai sejak turun-temurun. Secara umumnya, watak belalang akan dilihat sebagai wira baru di dalam percaturan watak-watak tradisi,” tambah Nizam lagi.
Raja (lakonan Ery Putra) bagaimanapun telah mendapat tahu niat murni Belalang itu dan menabalkan Belalang sebagai Utusan Kecil DiRaja yang turut dikurniakan Alat Kebesaran DiRaja yang dipanggil Tinta Raja yang terdiri dari pena duri landak emas, dilengkapi dengan tinta sakti berupa dakwat dan selembar kulit emas rusa putih yang darinya dapatkan Belalang menuliskan dan menghimpun segala ceritera manusia sepanjang perjalanannya bagi faedah istana dan rakyat jelata.
Sepanjang pengembaraannya itu, banyaklah manusia dan kejadian yang dialaminya yang rata-rata kejadian dan kisah-kisah malang belaka. Maka terpanggillah Belalang untuk berbuat sesuatu dengan harapan membantu mereka-mereka keluar dari nasib buruk yang mungkin menimpa mereka. Harapannya juga untuk pulang bersama cerita-cerita hebat tentang bangsanya.
Download link :
RMVB format
Episode 1
Episode 2
Episode 3
Episode 4
Episode 5
Episode 6
Episode 7
Episode 8
Episode 9
Episode 10
Episode 11
Episode 12
Episode 13
AVI format :
Episode 1
Episode 2
Episode 3
Episode 4
Episode 5
Episode 6
Episode 7
Episode 8
Episode 9
Episode 10
Episode 11
Episode 12
Episode 13
No comments:
Post a Comment