Sunday, August 15, 2010

LAGENDA : Dendam Orang Minyak Full Episode (AVI Formt)

Drama sebanyak 20 episod ini membariskan pelakon-pelakon seperti Aqasha sebagai Fendi, Melissa Maureen sebagai Aina dan Azhan Rani sebagai Lamin.

Sinopsis: Dendam Orang Minyak mengisahkan Fendi kebingungan disebabkan siri pembunuhan gadis yang berlaku. Semuanya bermula selepas Fendi menyarungkan cincin permata hitam yang dijumpai dalam laci arwah ayahnya. Biarpun mendapat amaran daripada ibunya, Fendi gagal menanggalkan cincin itu. Malah, segala kejadian yang berlaku itu tidak disedarinya.

Bagaimanapun, Fendi menyedari dirinya dipergunakan Wak Man untuk mencapai tujuan sebenar. Fendi dirasuk Orang Minyak Lamin untuk membalas dendam terhadap keturunan musuhnya. Selain itu, Fendi juga sering mengalami mimpi aneh dalam tidurnya. Haris berkata, apa yang dimimpikan Fendi ialah kehidupan silam Orang Minyak Lamin sebelum berguru dengan Joyo. Ini berpunca daripada kematian Melati, isteri Lamin yang diperkosa dan dibunuh dengan kejam. Oleh itu, Lamin mahu membalas dendam.

“Bagaimanapun, hasrat Lamin itu dihalang Pak Guru Anding dan ini menyebabkan dia menghilangkan diri. Lamin berguru dengan Joyo dan memenuhi syarat ditetapkan untuk memperoleh kekebalan serta kesaktian dirinya. Secara tidak langsung, dendamnya terlaksana.

“Fendi pula apabila mengetahui dirinya dikuasai Lamin, sanggup melakukan apa saja untuk melepaskan diri. Namun, apakah dia berjaya?

Download link :
01 | 02 | 03 | 04 | 05 | 06 | 07 | 08 | 09 | 10
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20

No comments:

Post a Comment