Tuesday, August 31, 2010

Kau Laksana Bulan [Ep 12]

Sinopsis

Diadptasikan daripada karya novelis terkenal tanahair, Aina Emir bertajuk Kau Laksana Bulan mulai 31 Mei ini penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) berpeluang menyaksikannya pula di layar skrin menerusi drama bersiri 13 episod yang menonjolkan perjalanan hidup seorang insan yang bergelar wanita.

Pelbagai situasi pahit manis dan renyah yang terpaksa ditempuhi dan bagaimana setiap rintangan dan konflik dalam hidupnya itu diatasi oleh srikandi drama ini yang bernama Adrianna dengan penuh ketabahan.

Kisahnya bermula pada babak Adrianna Johan, gadis yang dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana. Dia telah memilih untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian dalam bidang penulisan sambil melanjutkan pelajaran untuk mengikuti program sarjana di Universiti Malaya.

Walaupun ayahnya sentiasa memberi sokongan, ibu Adrianna, Salmah tidak pernah merasakan bahawa kerjaya anaknya sebagai seorang novelis sesuatu yang boleh dibanggakan. Baginya, lebih elok sekiranya Adrianna bekerja seperti graduan lain dan beri perhatian untuk mencari jodoh. Rungutan demi rungutan daripada ibunya itu meresahkan hidup Adrianna namun dia cuba memahami ibunya yang kebetulan tidak berpelajaran dan merupakan seorang suri rumah yang lebih suka bergosip dengan jiran-jirannya. Adrianna tidak senang dengan tabiat buruk ibunya dan dia juga sentiasa rimas dengan kerenah jiran-jiran tetangga yang suka jaga tepi kainnya.


Layannn je lah kalau minat.

Language : Malay

Pelakon : Ayu Raudhah, Zulhuzaimy, Fizo Omar, Ashraff Muslim, Bienda,
Dian P. Ramlee dan Fathil Dani.

Download Link:

01| 02 | 03 | 04 | 05
06 | 07 | 08 | 09 | 10
11 | 12 | 13 (tungguuuu !!!!!)


pw if needed ~ bulan
Credit to share central

No comments:

Post a Comment