Sunday, August 15, 2010

LAGENDA : Bila Musang Berjanggut TV3 Full Episode (RMVB)

Bila Musang Berjanggut mengisahkan mengenai Orang Kaya Jamil yang dilakonkan oleh Shahrulnizam. Kisahnya bermula apabila bapanya Tuan Termasyhur (Datuk Jalaluddin) berpura-pura sakit tenat dengan harapan anaknya Jamil akan pulang ke Malaysia dan berkahwin dengan gadis pilihannya. Namun tanpa disangka, Tuan Termasyhur telah mengahwinkan anaknya itu dengan tiga orang wanita yang berlainan kaum yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India secara serentak.

Setelah berkahwin, Jamil disahkan mandul dan mereka tidak dikurniakan anak. Jamil yang risau dengan harta keluarganya yang akan diwarisi oleh sepupunya Mamat Trump bagaimanapun telah mengambil anak angkat yang diberi nama Ashraff yang dilakonkan oleh Fizo Omar. Ketika umur anak angkatnya mencecah 13 tahun, Jamil telah mengambil keputusan menghantar Ashraff bersama sepupunya Romeo menyambung pelajarannya ke luar negara. Sekembalinya Ashraff ke tanah air, Jamil mula risau sekiranya Ashraff tidak mahu berkahwin dan harta keluarga Tuan Termasyhur akan jatuh ke tangan sepupunya.

Justeru itu Jamil telah berjumpa dengan Faridah Aka Ferra untuk mencari jodoh untuk anaknya. Namun Ashraff yang berkeras hati ingin membuktikan kepada keluarganya bahawa dia akan menemui “wanita sejati” telah menemui Cempaka (Nur Fathia) dan mereka telah disatukan sebagai suami isteri. Kehadiran Cempaka dalam keluarga Ashraff telah menimbulkan pelbagai perkara yang melucukan dan kelakar.

Download link : (Mediafire)

01 | 02 | 03 | 04 | 05 | 06 | 07 | 08 | 09 | 10
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |20

1 comment: