Wednesday, February 23, 2011

Pengantin Utk Dijual SDTV [Ep 02)


SEBUAH kedai bunga di Jalan Riong, Bangsar berubah menjadi sibuk. Kelihatan kabel pelbagai warna dan saiz berselirat atas lantai kerana penggunaan lampu dan kamera. Beberapa pengunjung kelihatan seperti ingin tahu, meninjau apa yang berlaku di laluan masuk kedai itu apabila Firdaus (lakonan Aqasha) memperkenalkan dirinya kepada Indah Amilea (lakonan Rita Rudaini). Sebelum itu, Firdaus pernah mengekori Indah memasuki kedai bunga miliknya, Indah Florist. Kunjungan kali kedua kerana mahu memperkenalkan dirinya kepada Indah.

Secara kebetulan, dia dan rakannya Betty (Betty Rahmat) menguruskan penghantaran bunga kepada pelanggan di sekitar Kuala Lumpur. Dia datang ke Indah Florist dengan harapan Indah akan mengenali dirinya lebih lanjut. Bagaimanapun, Indah terkejut kerana Firdaus bermurah hati sudi membantunya.

Sikap dingin dipamerkan Indah pada pertemuan pertama langsung tidak mematahkan semangat Firdaus, anak jutawan, Datuk Farouk (Rahim Jelani). Malah, dia pernah menghadiahkan 100 kuntum bunga kepada Indah pada pertemuan mereka di kedai bunga berkenaan sebelum ini. Firdaus tetap berusaha keras cuba memenangi hati Indah, anak kedua daripada tiga beradik. Dia terdesak mencari seorang kekasih dan mahu merasai pengalaman jatuh cinta.

Pada masa sama, ibu Indah, Izzatie (Rosnah Johari) dan kakak sulung, Kaseh Ameira (Sabrina Ali) berikhtiar menjodohkan Indah dengan beberapa jutawan di sekitar Lembah Klang. Mereka mencari jalan menyelesaikan beban hutang dihadapi keluarga mereka.

Disebabkan tunggakan hutang bernilai jutaan ringgit dengan bank, mereka berasakan penyelesaian adalah mengahwinkan Indah dengan anak orang berada. Pada masa sama, Indah tidak mementingkan kebendaan dan suka merendah diri, mempunyai teman lelaki Iskandar (Shaz Jazlee) iaitu seorang pengendali gimnasium yang sekadar mahu mempermainkan perasaan Indah.

Kaseh pula mendesaknya meninggalkan Iskandar kerana mahu menjodohkannya dengan Datuk Farouk yang sudah beristeri dua. Keadaan itu menyebabkan Indah menggesa Iskandar supaya kahwin lari kerana tidak mahu tunduk kepada desakan ibunya.

Babak itu adalah antara babak romantik dalam drama bersiri 13 episod mengenai konflik, Justify Fullketegangan hubungan kekeluargaan, irihati dan konflik kewangan mengharungi dunia perniagaan.

PELAKON:
Aqasha, Rita Rudaini, Fahrin Ahmad, Zain Ruffedge, Betty Rahmad, Shahz Jaszle, Zila Bakarin, Nadia Mustafar, Rosnah Johari, Natasha Hudson, Riezman Khuzaimi, Sabrina Ali, Dian P Ramlee, Rahim Jelani dan Nabila Dally Pilih Kasih

Download Link :

Ep 01 | Ep 02 | Ep 03 | Ep 04 | Ep 05
Ep 06 | Ep 07 | Ep 08 | Ep 09 | Ep 10
Ep 11 | Ep 12 | Ep 13
(Yang lain tu nanti dlu )

No comments:

Post a Comment