Tuesday, November 23, 2010

Akulah Perempuan Itu 2009 SDTV

Yusrina/Rina kesal kerana tidak mendengar nasihat ibu dan ayahnya. Kerana mengikut kata hati, dia berkahwin dengan Yazid, seorang penagih dadah, tanpa restu keluarganya. Selepas berkahwin, dia dipaksa suaminya melacur.

Zahir seorang pemuda yang baik. Namun dia tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup kerana disahkan doktor mengidap barah tulang tahap ketiga.

Satu hari, Zahir telah menyelamatkan Rina dan Nor dari gangguan dua pemuda. Selepas itu, dicarinya Rina lagi kerana ingin serahkan rantai kakinya yang tercicir. Kebetulan, ketika itu Rina sedang dipukul Yazid kerana duit.

Zahir berjumpa dengan ibu ayam Rina kerana mahu membawa Rina bercuti selama tiga hari. Mereka tinggal di bilik berasingan. Rina seronok dengan layanan yang diberikan. Zahir mahu Rina kembali ke pangkal jalan tetapi Rina takut masyarakat tidak dapat menerimanya kembali.

Yazid pergi mencari Rina dan mengaku pada Zahir dia adalah suami Rina, dan mahu ambil balik isterinya. Namun Zahir memberikan habuan yang lumayan kepada Zahid untuk tidak mengganggu Rina lagi.

Rina berkongsi dengan Nor, sejak pertemuan pertama dengan Zahir, dia rasa bahagia dan gembira, jauh dari penderitaan dan perkara-perkara yang tidak disukainya. Nor menasihatkan Rina untuk pergi jumpa Zahir dan luahkan perasaannya.

Ibu Yazid, Pn Rubiah mengamuk bila mendapat tahu Zahir menjalin hubungan dengan seorang pelacur. Zahir mengaku pergi ke rumah pelacuran tapi dia tak pernah melakukan sebarang hubungan dengan pelacur di situ.

Zahir tahu dia tidak akan dapat bersama Rina kerana penyakitnya. Dia mahu menyelamatkan Rina. Berlaku pergelutan antara Zahir dan Yazid. Zahir cedera parah ditikam Yazid.

Language : Malay
Subtittle : English (hard-coded)

Pelakon : Fasha Sandha, Zul Huzaimi, Zaefrul Nordin, Marissa Yasmin

RMVB | R ~ 608 x 418 | O.U. ~ Jaki

Download link :
01 | 02

Please join the files with:

No comments:

Post a Comment