Kisah bermula semasa minggu orientasi NURAIZA yang berjaya masuk ke asrama penuh. Ia menjadi kebanggaan buat WADI tetapi ada sedikit kebimbangan buat KU KHALIRA yang katanya ia tidak pernah berpisah dengan anak tunggalnya itu. Ada gangguan di asrama dan sasarannya ialah NURAIZA. Selama ini NURAIZA tidak pernah melalui pengalaman menyeramkan itu, maka datang trauma dalam dirinya. Dia tidak pernah diajar dengan doa atau ayat melindungi dirinya maka NURAIZA jadi tidak menentu dan gangguan tetap berterusan bukan saja kepada dia tetapi juga kawan-kawan yang ada dekat dengannya. Di sana juga dia mengenali rakan sebilik dan sekelasnya, HASNI dan SYARIFAH. Dia juga mengenali seterunya yang sentiasa kurang senang dengannya iaitu ERNA dan NADIA yang tua dua tahun daripadanya tetapi bilik mereka berhampiran. NURAIZA belajar mendekatkan diri dengan pendidikan Islam bersama HASNI dan SYARIFAH. Gangguan tetap ada. Datang pula kenakalan ERNA dan NADIA yang mahu mengenakan NURIZA, lalu mereka main seru roh guna papan ouiji, maka NURAIZA mula nampak seorang budak perempuan yang sebaya dengannya berlegar sekitar asrama.
Yang menakutkannya, budak itu sentiasa tunduk, tidak pernah nampak wajahnya dengan jelas tetapi setiap kali dia berjalan, dia akan seret kaki dan ada darah sedikit-sedikit menitik ke lantai dari tangan kanan dan kirinya. NURAIZA saja yang nampak dan ia semakin menakutkan NURAIZA sehingga membuatkan NURAIZA histeria. Bagi ERNA pula itu semua lakonan dan tipu helah NURAIZA untuk tarik perhatian. Sehinggalah ERNA dan NADIA sendiri diganggu tetapi dengan makhluk halus yang lebih menakutkan. WADI dan KU KHALIRA dimaklumkan, mereka datang dan bawa NURAIZA pulang untuk merawatnya. UMI SIAH terlalu menjaga keselamatan NURAIZA maka tegas tidak benarkan NURAIZA ke asrama semula tetapi WADI tidak setuju. KU KHALIRA sedih dan bimbang melihatkan anaknya sudah tidak ceria seperti dahulu. NURAIZA beritahu apa yang dia nampak tetapi WADI tidak percaya. Apabila NURAIZA sudah sembuh, dia pulang semula ke asrama dan gangguan tetap datang setiap malam dan di asrama tidak aman lagi sejak NURAIZA ada di sana.
Apabila NURAIZA tidak ada semula di rumah, rumah WADI tidak sama seperti dulu, kesuraman terasa, ada gangguan yang NURAIZA lalu, juga menganggu penghuni rumah WADI. KU KHALIRA mengesyaki UMI SIAH ada muslihat lain dan gangguan yang datang pada anaknya disebabkan niat jahat UMI SIAH, kerana apabila dia beritahu suaminya, keturunan ibu saudara dan arwah ibunya iaitu RAJA SARAH pernah menggunakan pendamping menjaga keluarga tetapi dia tidak pernah suka dan tidak percaya semua itu. WADI mula mengesyaki juga UMI SIAH sehingga ada insiden yang berlaku buatkan WADI percaya UMI SIAH mahu menganiaya keluarganya lalu dia menghalau UMI SIAH dari rumah. UMI SIAH cuba terangkan keadaan sebenar tetapi WADI tidak mahu dengar dan tidak mahu tahu. Kemudian datang tetamu baru di rumah mereka. USTAZ BAKRI (36) ialah sahabat lama WADI sejak dibangku sekolah. Dia baru balik dari kerjanya di Mesir. USTAZ BAKRI terasa unsur negatif itu di rumah WADI dan meminta WADI banyakkan solat di dalam rumah dan amalan agama semula yang sudah jauh ditinggalkannya. Apabila WADI yang sering diganggu itu, mula cuba berjinak mengenal diri kembali dalam agama Islam, amukan berlaku dan dia mula nampak apa yang selama ini dia tidak pernah nampak. Nantikan kesudahannya dalam DAMPING MALAM…
Download link :01 | 02 | 03
Please join the files with:
No comments:
Post a Comment