Tuesday, April 5, 2011

Mr. Cinderella DVDrip -RMVB

Kisah bermula dengan watak Hakimi, seorang penulis skrip bebas sedang memandu kereta dan meredah hujan ribut di waktu malam untuk menghantar pulang anaknya, Imelda (7 tahun) ke rumah bekas isterinya yang dicerai-rujuk sebanyak 3 kali. Semasa dalam perjalanan, Hakimi ternampak sebuah kereta 'sports' mewah yang baru ditimpa kemalangan, terbabas sendirian dan terbakar akibat berlanggar dengan pokok. Hakimi yang memberhentikan kereta di sudut berhampiran, teragak-agak untuk membantu seorang gadis yang terperangkap di dalam kereta tersebut kerana tidak mahu kasut Kumin yang dipinjamnya kekotoran lumpur di luar. Tetapi akhirnya dia berubah hati dan terus merawat gadis tersebut yang cedera parah dan meninggalkannya di tempat kemalangan setelah menghubungi ambulans tanpa mengetahui bahawa gadis tersebut adalah Puteri Megawati, puteri mahkota negara Indrapuri Darul Kasih. Secara tidak sengaja, Hakimi tercicir sebelah kasut Kumin di tempat kemalangan semasa menyelamatkan Tuan Puteri. Sementara itu, Puteri Megawati yang cukup terhutang budi dan nyawa, diketemukan dengan Siti Shahirah, wartawan "paparazzi" yang sentiasa mencari berita-berita sensasi. Puteri meminta pertolongan Siti supaya mencari "Mr. Cinderella" yang telah menyelamatkannya dengan menawarkan RM500,000. Siti menerima cabaran tersebut kerana ia sudah tentu dapat mensensasikan dan meninggikan "rating" program "Cable News International" yang dikendalikannya. Semasa mengendalikan rancangan "Siapa Mr. Cinderella", muncullah Kumin antara ratusan "Mr. Cinderella" palsu untuk menuntut hadiah yang ditawarkan. Memandangkan kasut yang tercicir itu adalah kepunyaannya, maka Kumin telah diisytiharkan sebagai "Mr. Cinderella" yang dicari-cari selama ini. Siapakah "Mr. Cinderella" tulen?

Download Link :
01 | 02 | 03 | 04

Please join the files with:

No comments:

Post a Comment